wanirashid
Assalammualaikum. :)
Hye,just call me wanie.
20th y/o.
UiTm Perlis as my second home. Engineering victim.
Hobin Jang Hobin girl. Fighting !





Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: Wanie

Pengubat Hati.
18 December 2012 | 11:58 PM


Hai semua orang :) Pernah tak terfikir kita terpinggir? Rasa tak wujud, tak di hargai? Yes, secara jujur Wani pernah. Kadang-kadang kita rasa semua orang tak suka kita kan. Dan di sebabkan itu lah kita kurang yakin pada diri sendiri. And to be honest, memang Wani pernah rasa give up untuk tonjolkan diri. Yelah bila kita masuk mana-mana bidang, tak kira la in study ke kerja ke mesti kena berhadapan dengan ramai orang kan. Back to topic, bila kita rasa sorang2 mesti kita tak ada sapa nak suka-suka, sedih-sedih and show our true color kan. Kalau kawan jauhkan diri daripada kita takpa, family ada. But, kalau family tak pedulikan kita macam mana? Wani ada cari cara-cara untuk elak rasa semua ni. So, kita tengok sikit. Ini padangan/cadangan je lah. :)


1. Solat

Bukan setakat kita solat 5 waktu ja, kita boleh buat solat sunat. Banyak solat sunat yang kita boleh buat untuk minta perlindungan daripada Allah, minta tenang hati dan banyak lagi kan. Walau macam manapun sedihnya kita, kita kena berbalik pada yang Maha Esa. wajib pegang pada agama kita. Itu semua sebab tak nak kita buat benda yang di luar jangkaan. Apa-apa yang terjadi mohon pada Allah, menangis pada Allah. In Shaa akan rasa kurang sikit beban di hati.

2. Doa

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
(Al-Anbiya' :87 )
7
3. Senyum

Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum ! Walau senyum sorang-sorang pun tak pa. Jangan anggap diri dah gila ok. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kalau kita tak bahagia di dunia tak semestinya tak bahagia di 'sana' kan. Secara tak langsung boleh mengubat hati yang lara. Walaupun payah kita nak tempuh, pedih macam mana pun kita lalui tetap senyum. In Shaa Allah sejuk hati tengok. Bukan orang lain saja tengok kalau senyum depan cermin pun dah boleh happy kan diri sendiri. Kan kan?

4. Pergi tempat yang paling BEST !

Kalau cakap tempat paling best mesti kita cakap Shopping complex untuk perempuan, untuk laki maybe ada yang suka hangout dengan kawan-kawan. Tapi jarang tengok lelaki rasa sunyi ni sebab they are very flexible person. For me, tempat paling best kalau nak bagi tenang ialah LAUT. Kalau tengok gambar laut pun dah tenang, rasa macam dah lepaskan masalah dalam laut. Hmm -,- Ishh kalau lah rumah tepi laut kan best, hari-hari boleh lepaskan masalah. Try something that we unexpected to do. Janganlah bunuh diri kat laut pulak tapi try ajak member buat event kat tepi pantai ke. But ikut panduan Islam lah. Heee. (Y) 

"Ya Allah semoga kau berikan aku ketenangan dan elakkan lah kesempitan dalam hidupku, keluargaku serta muslimin dan muslimat. Jadikan lah aku orang yang sentiasa bersederhana dalam setiap kelebihan yang Engkau berikan. Sesungguhnya aku insan yang lemah"





Old things | New things


Have a nice reading :)