wanirashid
Assalammualaikum. :)
Hye,just call me wanie.
20th y/o.
UiTm Perlis as my second home. Engineering victim.
Hobin Jang Hobin girl. Fighting !





Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: Wanie

Wedding.
09 December 2012 | 7:51 PM


Assalamualaikum w.b.t. kepada muslimin dan muslimat. Salam sejahtera kepada semuanya. Entry ini bukan nak menunjukkan saya 'gatal' nak kahwin tapi hanya untuk meluahkan perasaan. Ececeh. :) Dalam Islam pun menggalakkan kita kahwin awalkan. Tapi kalau kita tengok masa sekarang,bak kata orang 'URBAN FLOW'. Kalau tak kerja, tak ada duit, or tak habis belajar tak boleh kahwin. Kata mak kita takda tapi-tapi, belajar dulu,kerja dulu dan sebagainya. But for me, rezeki kita Allah yang bagi. Sebelum kahwin atau selepas kahwin Allah bagi kita rezeki berbeza-beza. Rezeki bukan pada duit sahaja tapi macam-macam jenis rezeki yang kita tak nampak.
        Sekarang ni kita tengok ramai yang dah mendirikan rumahtangga seawal usia belasan tahun. Me? 20th. I think it is suitable age for getting married. And if i'm married, i will be the earliest. Hehehe. Bukannya tak sabar nak kahwin tapi kita ni manusia biasa tambah-tambah kita perempuan yang ada 9 nafsu ni. Tak selalu kita dapat kawal perasaan kita, nafsu kita. Dengan perkahwinan in shaa Allah akan mengawal diri kita terikut-ikut hasutan syaitan. So mari kita lihat syarat-syarat untuk berkahwin.

Syarat bakal suami

  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri

  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang
Last but not least, for me syarat kewangan dan pekerjaan bukan salah satu syarat untuk berkahwin dalam Islam tapi ia cuma satu keperluan dalam berkahwinan. So saya berharap sangat semua orang berfikiran terbuka tentang kahwin awal ni. Have a nice day everyone. :)) Assalammualaikum.




Old things | New things


Have a nice reading :)